E-Book

Tuesday, July 19, 2016

Potluck Raya

Menjelang musim raya, di pejabat-pejabat mesti akan ada jamuan nak makan-makan sebab raya kan.
Macam kat sini, minggu lepas, jamuan Unit.
Harini, jamuan aras pulak.

Tiap kali open untuk semua orang update mereka nak bawak apa masa hari kejadian, aku mesti sedikit gelabah.

Mana tak gelabah, si dia ni nak bawak nasik tomato, rendang, kuah kacang, soto, longtong, kek pelangi, masak lomak cili api, meehoon, dan macam-macam lagilah menu yang berat-berat.
Yang sepatutnya, orang berumur setua aku ni (30 tua la kan?), boleh masak sambil tutup mata.

Oh tidak pada aku.

Skill masak aku hazab.

Atau lebih tepat lagi, aku malas. Hahah!

Sebab, aku rasa aku boleh je masak, sebab tiap kali aku masak, licin je laki aku bedal.
Eh lidah aku pun rasa sedap. Kah kah..
Ya, malas lah tu jawapan paling pure.

Haritu aku order Puding Sedut.
Harini, aku bawak nugget je.
Rayalah sangat makan nugget kan hahahaha.

Maaflah wahai rakan-rakan, insyaallah, nanti aku cuba gilap lagi skill rajin aku ni.
Ya, tak salah taip. Skill rajin.
Aku rasa nak jadi orang rajin pun kena ada skill.

Macam aku ni, segala serbi malas.
In fact, nak bersosial masa makan-makan tadi pun aku pilih-pilih orang.
Bukan sombong, cuma sang introvert memang macam ni.

Oklah, lepas ni aku cuba kurang rasa malu nak berbual, ok?
Konon.
Padahal, aku lagi selesa makan ayam kuih semua tu dalam bilik office, depan pc sendiri tanpa ada orang lain.
Heaven. Eheh.

Sunday, July 17, 2016

JK

Memang.
Seminggu dua ni memang asyik berperasaan JK.
Kau semua tau JK tu apa?

Jiwa Kacau.

Tadi kebetulan ada tertengok How I Met Your Mother Season 3, yang episod Circle of Screaming tu.
Memang boleh relate dengan life aku seminggu dua ni.

Kisahnya, aku sangat stress kerja bertimbun kat office, sampai jadi jerk kat rumah.
Mengarut, marah tak tentu pasal.

Kat office lagilah asyik nak hangin je.
hmm..

Cari punya cari, puncanya sebab badan letih.
Lepas tu egois dan rasa terbeban dengan workload yang kena pikul tiba-tiba. Baca: Tanpa ditanya mahu atau tidak terlebih dahulu.
Sedangkan yang asal yang aku dah pikul dari bulan 3 pun tak habis lagi.

Waktu pertindihan ni memang buat aku JK.

Syukur Tuhan bagi aku laki yang rajin jaga anak.
Aku je yang tak pandai jaga hati dia.

:(

Tuesday, July 5, 2016

Ramadhan Pergi

Pejam celik tergolek terlentang, Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita sekali lagi.
Jujurnya, tak banyak mana pun usaha aku mengejar amal.
Agak ralat jugalah perasaan ini.

Insyaallah tahun tahun mendatang.

Hari ni hari terakhir puasa untuk ramadhan kali ni.
Mesti masa terasa lambat nak sampai waktu berbuka petang karang.

Semoga semua berjalan lancarlah untuk semua orang.

Seram dan sedih jugaklah bila tengok gambar-gambar kemalangan yang diviralkan.
Kalau kereta terbelah rabak sebegitu rupa, macam manalah keadaan pemandu dan penumpang?
Yang dekat Gua Musang tu, 7 beranak meninggal. Asalnya lori yang langgar dia yang salah masuk jalan.

Nauzubillah.. minta dijauhkan dari perkara-perkara begini la kan?
Yang penting, kita buat part kita, iaitu berhati-hati.

Asalnya pagi ni aku nak masukkan Wattpad je dekat sidebar blog.
Sambil-sambil tunggu mesin kain berbunyi, aku nak letak softlan.
Tadi dia dah bunyi, softlan dah tuang.

Jom tido?
hehe..

Monday, July 4, 2016

Cari

"Raya mana tahun ni?"

Soalan ni, setiap kali penghujung Ramadhan dia akan muncul. Segenap.lapisan masyarakat yang mengenali aku, dan terserempak dengan aku di mana saja aku berada pada ketika itu, akan meringankan mulut mereka bertanya soalan ini.

Dah dua tahun, soalan ni umpama sembilu. Ewah sembilu lah sangat! Puih.

Tapi dua tahun berturut-turut aku macam sedih la sikit bila orang tanya soalan ni. Alkisahnya sebab dua tahun berturut-turut aku beraya kat Kota Bharu.

Don't get me wrong, aku bukan kekwat dan tak suka keluarga mertua ke apa. Cuma, aku pun manusia biasa beb. Dah bertahun-tahun beraya dengan mak abah dan keluarga sendiri, kisahnya tetiba kena beraya dengan keluarga suami. Sedihlah sikit.

Tapi tak ada la sampai aku meratap-ratap berperang bagai dengan laki aku. Kat kampung dia pun raya jugak, ye dak? Zaman moden ni, pagi-pagi raya aku video call la dengan famili aku. Apadehal.

Cuma tahun ni soalan "raya mana" tu jadi agak best sebab laki aku setuju untuk raya belah aku tahun ni. Weehuu.

Seronok!

Tapi takpa, aku memang dah janji dengan dia dari awal kami nikah, kalau pun raya belah aku, aku cuma minta Raya Pertama je. Itu pun dah memadai. Jadi raya kedua jomlah balik kampung suami.

Takpe. Keluarga aku kecik je, dan dekat. Dia jauh, jarang jumpa. Jadi make it fair la kan?
Sebab ada aku pernah dengar, adil tu bukan pada bilangan benda yang diagihkan, tetapi pada berapa banyak yang berhak untuk dapatkan haknya.

Dah kenapa tak raya Kb je tiap tahun kalau macam tu? Sebab, raya kan lain. Hari biasa lain. Gittew.

Jadi, Sabtu dah mula dah cuti. Balik rumah mak sampai Ahad, malam tadi balik rumah aku semula, esok pagi baru gerak semula ke sana beserta barang-barang untuk bawak balik raya Kb terus. Malas aku nak bawak dari Sabtu. Lagipun memang plan nak kemas rumah dulu Isnin ni.

Balik malam tadi, tinggalkan si abang.
Nak jadi cerita, si adik ni terasa kehilangan rupanya. Tak boleh tidur dia sebab abang dia tak ada. Selalu memang tidur sebelah-sebelah, sebelum tidur selalu memang akan main sama-sama bergumpal semua.

Makanya malam tadi asyik merengek je, mata dia taknak lelap. Lastly, aku ambil baju abang dia dalam bekas kain kotor yang aku belum basuh, jadikan sarung bantal kecik dia tu. Letak atas dada dia masa dalam buaian. Barulah lena si adik.

Kuat juga kasih sayang adik kat abang dia rupanya.. haha

Takpelah adik, harini je.
Esok kita jumpa abang.

Eh sudahlah,  bertimbun kain nak setel ni.

Saturday, July 2, 2016

Ahad Organometallic

Pagi Ahad.
Bulan puasa yang tak perlu buat breakfast.
Hari pulak hujan.
Anak-anak tidur nyenyak.
Kain dah lipat semalam.

Makanya, kalau ikut logik akal, tidak salah rasanya aku join anak-anak tidur lepas subuh karang, bukan?

Tidak.

Pagi ni pukul 7 dah kena pergi kampus, jaga exam. 😪

Sesungguhnya aku berpuasa.. hew hew hew...

*********************************

Settle jaga periksa di pagi Ahad.
Nama paper Organometallic Chemistry.
Baca nama subjek pun aku dah gerun.
Lepas bukak kertas soalan, nak terkenc aku baca soalan.

Subhanallah, betapa ceteknya ilmu yang aku ada, sampai aku tak ada idea langsung nak jawab macam mana.

Benarlah kata cikgu aku dulu, semakin tinggi dan dalam seseorang itu belajar, semakin dia sedar, sebenarnya betapa sedikit sahaja ilmu yang Allah pinjamkan kepada dia. Maka sepatutnya semakin tinggi kelulusan akademik seseorang itu, lahiriahnya dia lebih zuhud sepatutnya.

Lepas selesai kutip, ada seorang pelajar perempuan datang salam,

"Terima kasih, kak".

Kak di panggilnya, mesti sebab dia perasan muka aku berkerut masa baca soalan. Err..

Nasib tak panggil aku acik.

Dah jom balik ke pangkuan suami dan baby baby.

Bukan kerna visitor

Salam semua,

Aku dah masuk 30s tahun ni.
In fact dari Januari hari tu lagi.

Sejak masuk umur baru, aku rasa lain. Lain dari segala segi. Tapi yang paling ketara, aku perasan aku suka sangat taip status Facebook aku panjang-panjang. Maka baiklah aku rasa aku tulis dalam medium blog ni.

Lagi pun, aku rasa taknak teruskan blog aku yang lama tu dah.
Terlalu 'berhingus' dan money + visitor + unique visit oriented.
Sampai aku sendiri pun dah malas nak perkemaskan.

Biarlah dia kat sana.

Kali ni aku menulis memang niat bukan untuk visitor dan duit.
Aku taknak letak iklan kat sini.

Ini memang tempat aku membebel.

Chiow.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...