E-Book

Google+ Followers

Thursday, February 9, 2017

Manis manis ayam

"Mak, adam nak ikut mak solat kat atas"
"Ok, jom"


Sejak kebelakangan ni, adam memang suka follow aku solat.
Sibuk carik mana kopiah dia, sebab dia kata, tok ayoh cakap orang lelaki kalau nak solat kena pakai topi solat. 

"Mak tak pakai topi solat ke?"
"Mak perempuan, tak pakai kopiah"
"Mak pakai apa tu?"
"Telekung"
"Oh.. adam pakai topi solat ni"

Hari berikutnya, masa solat sebelah aku, aku perasan dia ikut semua step dari berdiri tegak, rukuk, sujud.. semua dia ikut, tapi mata dia pandang je kat aku.

Allahu anak, mak kau ni dahlah iman nipis, terganggu khusyuk mak..huhu

Usai solat, salam dan peluk, dia duduk atas riba.

"Mak cakap-cakap apa masa solat tu, adam tak dengar"
"Oh, mak baca alhamdulillah (al-fatihah) tu. Kejap lagi mak nak solat isyak, adam nak ikut tak?"
"Nak"
"Ok, nanti masa berdiri tu, letak tangan kat perut. Lepas tu, adam pun baca alhamdulillah tau"
"Oh baca alandulilah ke. Adam pandai"
"Ok, nanti adam baca tau"


Jadi, masa aku nak solat isyak, dia pun ikut aku naik sama.

Masa aku angkat takbir, dia berdiri sambil pandang aku.

"Awahkebat", gittew anak aku angkat takbir..haha

Aku baca iftitah dengan alfatihah, dengarlah dia baca al-fatihah walaupun sekerat. 
Sebab lepas tu dia pergi merata mana tah. Masa aku baca surah, dia datang balik berdiri sebelah.
Dia tengok je muka aku.

Usai solat, salam dan peluk, dia terus tanya.

"Mak, lamanya mak baca alandulilah (alhamdulillah)"
"Oh, lepas baca alhamdulillah, mak baca surah pendek."
"Apa tu mak?"
"Nanti mak dan ayah ajar adam ye?"
"Ok ok, nanti adam pun baca ye mak"


Hari yang lain, waktu maghrib, dia ikut jugak.
Mula-mula nak solat dengan ayah, tapi amir kacau dia, dia ikut aku solat kat atas.

Proses yang sama, dia amek wudhu' cara dia, pakai kopiah, berdiri atas sejadah sebelah aku.
Tanya soalan yang sama, mak pakai apa tu, dan sama jugak, dia mulakan solat dengan awahkebat sambil tengok muka aku.

Nampak macam hari-hari yang lain.
Tenang.

Tapi, sejurus je dah baca separuh dari surah pendek, adam yang dari tadi pandang muka aku, mula memperkemaskan kiam kat tangan dia sambil kepala dia arahkan ke depan.

Sayup-sayup kedengaran adam alunkan bacaan.

"Da da di di du di da da di da di, terima kasih daun keladi.. da da di di du di da da di, aku sudah jatuh hati.."

Sekali dia nyanyi lagu Nurshila Amin la pulak.. T__T
Dia memang suka nyanyi lagu tu, agaknya tiap-tiap kali naik kereta, bila kami bukak Sinar FM, ada lagu tu..wuwuwu..

Ku nak ketawa sangat-sangat tapi ku tahan jebat!

Tarik nafas dalam-dalam...hembus... dan teruskan rukuk, sujud, dan masuk rakaat kedua.
Adam follow.. 
Aku steady..

Masuk je part surah pendek rakaat kedua, dia perkemaskan kiam dia lagi sekali.
Dub dab dub dab jantung aku..
Aih, dadadi didu lagi ke si adam ni?

"Matanya milip milip selalu, rupanya manis manis ayam.. matanya milip milip selalu, rupanya manis manis ayam"


hahahahahah!

Berdekah mak masa solat.
Tewas akhirnya!
Akhirnya batal jugak solat mak..adoilah anak..

Adam nyanyi tu mak rasa boleh kawal lagi, tapi part rupa manis manis ayam tu mak tak tahan wahai anak.. huuu... 



Suka hati kau je tukar lirik lagu Rahimah Rahim tu anak oi..

Jauh di sudut hati mak, harapnya adamlah yang akan imamkan solat jenazah mak nanti..
Insyaallah..


Haih berbalik kepada lirik, macam manalah rupa awek manis manis ayam tu adam..hahaha

Wednesday, February 8, 2017

Ampun

Aku baru perasan, dua entri latest aku sebelum ni pasal taik anak.
Hahaha..

Maaf semua.

Banyak cerita lain, tapi bab tu jugak aku nak abadikan dalam blog.
hehe..

Sorry.


Tuesday, February 7, 2017

Leset

Humang aih, lama jugak aku tak bersiaran.
Mungkin kedengaran poyo, tapi sesungguhnya aku busy.

Mengeluh pun tak guna, ini life yang aku pilih. Telan dan hadam je lah.
Tengoklah, kalau jari tak penat (wahahah alasan si gemuk), aku taip banyak entrie sekaligus, dan buat autopublish. KALAU rajin lah. KALAU.

Ini pun barulah terasa ada masa nak melengung depan pc sekejap sementara adam tengok doraemon giga zombi, zaimi tengah power nap bersama amir.

Amir tu baru je lepas menangis meraung tahap petala apa entah tadi, terkezut aku.
Asalnya dia nak ikut abang dia ikut ayah pergi dapur (ya, keluarga kecik aku sekarang mengamalkan upacara bontot membontoti setiap kali ada individu yang nak bergerak dalam rumah ni, A bangun, B akan ikut dan diikuti oleh C, dan last sekali D pun kena bangun ambil C sebab A dah mengamuk, gitu konsepnya). Ok, boleh follow story aku?

Jadi, bila ayah dah masuk dapur, ayah kunci pagar (pagar baby tu). Abang dah bijak, dia boleh unlock, masuk dapur, dan lock balik pagar. Adik yang belum bijak, bengang. Sebab dia tak boleh masuk dapur. Makanya menangis. Ayah pulak terkocoh-kocoh buat susu adik laju-laju. Sambil kena jawab soalan-soalan yang super banyak dari abang.

Ya Allah adam memang dalam fasa bertanya, sampai kalau kau dalam toilet pun dia akan tanya, "mak ok tak? mak dah cebok ke belum? air tu sejuk tak mak? etc etc"

T___T

 Jadi, makin galak abang bertanya, makin adik bengang. Makin kuat menangis. Ayah tak dan nak pujuk adik, adik makin tak terkawal.

Mak mana mak?

Mak kat atas ye uolls, mak terkocoh-kocoh solat Asar sebab tadi balik awal, sebelum waktu asar..huks..

Jadi, adik ni, bila dah mula menangis kuat, memang susah nak stop. Jenuh la jugak aku pujuk tadi.
Tu tengah tidur tu pun, tersedu-sedu..

Adik memang agak manja, senang menangis.
Jalan, terjatuh sikit, menangis.
Keluar rumah walau setakat nak kunci pagar tapi tak bawak dia, menangis.
Abang lempang, haruslah menangis.
Abang peluk mak, jeles, menangis.
Ada je bunyi dia nak buat.

Tapi, kalau dia tak ada keluarkan sebarang bunyi, walaupun dia ada tertonggok depan kau, kau harus tahu, dia tak senyap saja-saja.

Macam haritu, dalam 2 bulan lepas kot. Hari hujung minggu yang nyaman. Hujan pulak tu. Memang pakej untuk bermalasan yang sangat hebat. Waktu masa tu dalam pukul 3 petang.

Dah siap masak.
Dah lunch.
Dah lipat kain.
Dah vacuum rumah.

Jadi apa lagi yang kami laki bini nak buat?
Ya, kami bergolek-golek layan How I Met Your Mother yang kami dah rakam kat astro pvr.

Adik duduk main kereta merah kat tepi rak tv.
Abang pun biasalah, pantang mak dengan ayah bersebelahan, dia mesti kacau.
Maka bergoleklah kami bertiga.

Sangat heaven.
Seems like a perfect peaceful weekend kaedahnya.

Adik tak kacau, dia senyum je. Sambil tangan dia putar-putar roda kereta merah dia.
Adam buat kami macam istana belon yang budak-budak suka main lompat-lompat tu.
Sakan dia henyak, adik tetap senyum.

Aku dengan zaimi pun mula geletek adam, mengekek adam gelak.
Adik? Tetap senyum.

Tengah leka kami usik adam, terasa ada entiti panjat belakang aku yang tengah bergolek tu, sebelum dia gelungsurkan diri dia kat tengah-tengah antara kami bertiga.

Suasana riang diteruskan.


"Busuk la adik ni, adik berak ek", kata zaimi sambil geletek ketiak adik. Adik pulak mengekek.

"Mak, adik berak!", adam jerit.

"Aah, mak tau. Busuk kan adik berak", jawab aku acuh tak acuh. Biasalah anak berak. Nothing to worry what so ever.

"Eeii baju adik basah! Taik dah terkeluar dari pampers!!", Zaimi bertempik sambil tunjuk tapak tangan dia kat aku.

Tak sempat aku bukak mulut nak cakap apa-apa, serentak kami bertiga menjerit bila terpandang dinding sebelah rak tv tadi penuh dengan najis.

T___T

T___T

T___T

T___T

T___T


Taik kat dinding... nightmare apakah ini.

T___T

T___T

T___T

T___T

T___T


Zaimi berlari dukung amir ke bilik air.
Aku terduduk mengenang nasib dan weekend yang indah tadi dah berkecai.

"Tu la adam cakap amir berak tadi kat mak", adam bersuara walaupun dia 50% je faham kot apa yang berlaku.

"Ye adam...", mak menyeka air mata.
Sobss..


Aku tak pernah terbayang akan ada insiden najis meleset kat dinding T_________T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...